Happy Eid 2014



Assalamualaikum. Happy Eidul Fitri everyone out there :)

Raya tahun ini tak terasa mood raya sangat, mungkin sebab bekerja dan tak ada masa nak turun bershopping bagai. Dan mungkin sebab ada harapan yang tersimpan, yang nampaknya cuma tinggal harapan. Bila situasi ini akan berubah? Menyambut hari raya yang kurang normal. Bila dan bila? Berat sangatkah untuk berubah demi kebaikan semua? Perlukah selamanya bersikap mementingkan diri sendiri. Tolonglah berubah. Ya Allah, terangi hatinya dengan Nur-mu, semoga perubahannya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tunjukkanlah aku hikmah di atas semua yang berlaku selama bertahun-tahun ini Ya Allah. Adakah untuk menguji aku dan melatih aku untuk menjadi manusia yang tabah? yang boleh survive sendirian, jadi lone ranger pun masih boleh hidup? Sedikit terkilan, tapi berdosa kalau dibiarkan perasaan 'busuk' ini beraja di hati. Tak baik, tak molek. Sebetulnya cemburu lihat keluarga lain lengkap bersuka ria, bergembira, bahagia. Tapi aku? Bila? Bila diluahkan rasa tak puas hati, katanya rasa nak menitis air mata. Ya, dalam nada bergurau. Habis bagaimana dengan aku yang sentiasa saja saban tahun menangis mengenangkan situasi hidup yang tidka pernah berubah ini? Semoga kau balas derita hati ini dengan kebahagiaan dunia akhirat Ya Allah.


Okeh, mari kembali bermood ceria. Raya ni walau cakap tak rasa nak raya sekalipun, tak ada mood seklaipun, perlu juga diraikan sebab ia hari kemenangan umat Islam. Hari kegembiraan berakhirnya puasa yang menuntut pelbagai pengorbanan. Jadi, marilah kita meraikan hari raya aidilfitri ini dengan bersederhana, namun ceria suka ria. Tema aku kali ini yang paling utama adalah ungu dan biru. Ungu itu rasanya memang setiap kali raya wajib. Warna biru itupun beli sebab yang ungu tak ada saiz, kalau tidak mau semuanya berbalam keunguan gitu. 1st hari raya, dapatlah beraya dua buah rumah serta menziarahi pusara arwah uwan tercinta. Kakak rindu uwan, kakak sayang uwan. Selebihnya, duduk dirumah jadi part timer dekat dapur sebab asal dah siap berbaju raya je orang pakat datang, asal sarung kasut nak pergi beraya je orang dah serbu rumah. Amendenye gitu? hahaha. Tak berayalah teman. Tapi tak apa, esok masih ada. Lagipun tetamu kan pembawa rezeki. Eceh. 

Mari kita berhari raya sampai lebam ihik. Jom kita dancing in the rain guys. Don't worry be happy Amira, Allah sentiasa ada. Semoga ada pelangi selepas turunnya rintik-rintik hujan.


ps: gambar raya? next entri nanti =)


Comments

Popular posts from this blog

Semester 2 Year 1

midnight rambling

In between understanding & perfection