Addin



Salam. Ramadhan Kareem.


Sebetulnya memang patut kembali ber-blogging. Sebab rindu. Sebab hobi. Sebab penulisan tak kira topik dan genre itu kalau bagi pada aku memanglah akan ada je ayat dramatik yang keluar. Tak kiralah mengarut atau tidak. Jadi muncullah blog baru ini untuk menggantikan blog lama yang ehehe isi kandungannya amat tidak matang, terlalu mengikut perasaan, dan mengandungi rahsia-rahsia hati yang haish tidak sesuai lagi pada zaman dah menginjak angka 2 ni. Jadi, blog lama itu terpaksa diprivatekan, sebab kalau nak buang sayang. Sebab terlampau banyak kisah-kisah, memori yang tercoret dlaam blog itu kalau tak silap sejak tingkatan tiga lagi. Simpanlah kan buat bacaan kalau-kalau rindu nak mengimbas masa lalu.



So, azam untuk blog yang baru ini, adalah:

-Kalau boleh nak tulis perkara yang elok-elok sahaja. Tak mahu memburukkan orang sana, orang sini.


-Kalau boleh nak kawal cara penulisan biar tampak matang sesuai dengan usia yang tidaklah makin muda.


-Nak berkongsi, mencatat ilmu-ilmu berguna untuk dibaca warga alam maya, in case ada yang tersesat masuk dalam blog ini kan. ehehe.


-Nak kawal emosi tatkala berblogging. Kalau dulu waktu sedih, amboi bukan main emosi lagi gaya penulisan. Sekarang bila baca balik, Ya Allah malu makcik pada diri sendiri. Gedik lain macam je nampaknya.


-Nak start anew lah. Sebab gaya penulisan ini, tak banyak sikit tetap melambangkan personaliti, pembawaan diri penulisnya ye tidak. Yelah, walaupun tak ada yang membaca dan menilai tapi perkara ini macam self satisfaction jugaklah. Kadang-kadang macam messy je baca penulisan zaman gedik-gedik dulu itu kan, jadi perlulah ubah.


-Sebab kita nak jadi hamba Allah, umat Muhammad s.a.w. yang lebih baik waktu ini dan in future kalau ada kesempatan dan ruang waktu untuk berblogging.


-Sebab terfikir juga, apa yang kita tulis ni, kalau tak orang yang nilai, Dia lah yang akan nilai kan. Kenapa perlu tulis perkara tak atau kurang bermanfaat sedangkan ada lagi topik penting yang boleh dicoretkan.


-Sekarang ni, tengah berusaha memperbaiki cara hidup. Moga terus istiqamah.



Moga rajin untuk taip entri akan datang. Sekian. =)





Comments

Popular posts from this blog

Semester 2 Year 1

midnight rambling

In between understanding & perfection